Tetaplah berhubung

Penting Memahami Masalah Rumah Tangga Sebelum Menikah

Hubungan

Penting Memahami Masalah Rumah Tangga Sebelum Menikah

Foto: Google

Penting Memahami Masalah Rumah Tangga Sebelum Menikah


Perkahwinan bermakna soal komitmen dan tanggungjawab. Sebabnya, berkahwin bukan hubungan jangka pendek, tetapi untuk selama-lamanya.

Banyak pasangan masa kini berkahwin atas dasar cinta dan ingin menghalalkan hubungan sahaja. Keputusan yang mereka pilih juga tidak melewati berbagai pertimbangan dan akibat yang akan dihadapi.

Antara sebab penceraian adalah kerana isteri rasa suami tidak memenuhi tanggung jawab dari segi material. Padahal, usia perkahwinan baru berumur setaun jagung.

Orang yang memutuskan untuk berkahwin seharusnya sudah mempunyai gambaran tentang rumah tangga serta konflik di dalamnya yang bakal dihadapi dan telah bersedia.

Masalah kewangan adalah salah satu dari masalah perkahwinan pencetus penceraian. Semestinya ini sudah dipertimbangkan lebih awal.

Itulah sebabnya, ramai wanita berhijab kini, perlu mementingkan sebuah komitmen. Komitmen menjadi kekuatan pasangan suami-isteri dalam menghadapi segala masalah yang akan timbul. Sehingga, mereka tidak goyah didera masalah apa pun yang mendatang.

Bagi pasangan yang akan berkahwin harus memperhatikan kebiasaan calon pasangannya. Jangan pula sampai kebiasaan buruk atau perbezaan antara keduanya menghancurkan perkahwinan.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas