Tetaplah berhubung

Pedoman: Kesabaran Membawa Keberkatan

kesabaran-membawa-keberkatan

Hubungan

Pedoman: Kesabaran Membawa Keberkatan

Foto: Google

Pedoman: Kesabaran Membawa Keberkatan

Bila tujuan langsung tidak seperti yang kita inginkan: bersabar, belajarlah untuk menarik nafas dan perhatikan sekeliling kita. Tuhan sedang membekalkanmu dengan ilmu yang kelak akan digunakan dan mengizinkanmu menikmati pemandangan indah sebelum tiba di tempat tujuan.

Waktu aku tidak melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi setelah sekolah menengah, Aku sempat kecewa dan patah semangat kerana apa yang selama ini yang kuidam-idamkan tidak kesampaian. Bagaikan dunia ini runtuh, mimpi yang telah ku idamkan selama bertahun-tahun hancur berkeping-keping.

Namun setelah kurenungkan dalam-dalam, dalam bertahun menjalanu kehidupan, aku banyak belajar tentang komunikasi, membina rasa percaya diri dan cara berinteraksi dengan orang lain. Aku yang sebenar tidak lancar berbicara kerana latar belakangku sebagai anak kampung yang dalam pergaulan sehari-hariannya lebih banyak menggunakan dialek daerah membuatkan aku rasa kurang percaya diri.

Selama satu tahun, pelbagai pekerjaan ku lakukan mulai dari menjadi sales marketing yang menghantarkanku menjelajahpelbagai sudut kota hingga ke perkampungan yang tak pernah ku kunjungi. Aku bertemu dengan orang-orang dari pelbagai latar belakang, suku dan agama. Mulai dari driver, tukang kayu, pengusaha, nelayan, petani malah pelacur aku temui untuk menjajakan dagangan yang kubawa. Hingga menjadi  buruh kasar di perusahaan penampungan biji koko (cokelat) kujalani. Dari mereka aku belajar membangun kepercayaan diri, melatih komunikasi, beradaptasi dan menghargai kehidupan.

Hal berikut adalah ketika tamat sekolah menengah tahun 2007 banyak orang menyaranku untuk menjadi kakitangan awam dengan bayaran gaji dengan jaminan masa hadapan. Kala itu aku benar-benar tidak berminat sama sekali dan pekerjaan sebagai kakitangan awam adalah hal yang paling kubenci. Kerana aku tahu bahawa beberapa kakitangan awam yang berjaya rata-rata memberitahu bahawa mereka telah menggunakan “orang dalam” untuk kelulusan mereka, dan mereka sangat bangga akan hal itu. Formasi penerimaan pekerja kakitangan awam  masing-masing posisi hanya memerlukancuma segelintir orang baru, yang rata-rata terpilih adalah ahli keluarga sendiri.

Aku tak tahu berapa orang yang tidak sabar untuk sampai di tempat tujuan dan berusaha mengambil jalan pintas dengan menghalalkan segala cara untuk untuk mendapatkannya. Ingatlah “Jika Tuhan sudah berkehendak, Dia akan menjadikan segala sesuatu indah pada waktunya”. Mungkin anda akan tiba di tempat tujuan anda dengan jalan pintas, namun anda tidak mampu menikmati keindahan menuju ke sana dan pastinya anda akan kurang persiapan kerana terlalu terburu-buru ingin cepat sampai. Kesabaran anda untuk mencapai tempat tujuan pasti akan mendapat bayaran yang setimpal yang pastinya lebih baik dari jalan pintas. Dan Ingatlah bahawa melalui jalan pintas itu bahaya dan risikonya sangatlah besar.

Sumber diolah dari: media sosial Facebook.

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas