Tetaplah berhubung

Panduan Penting Menentukan Calon Suami

Foto: Rd

Hubungan

Panduan Penting Menentukan Calon Suami

WANITA mempunyai kriteria lelaki idaman masing-masing. Tetapi, adakah mereka memiliki kriteria lelaki ideal yang ingin dipilih sebagai pendamping hidup?

Sebelum menentukan kriteria lelaki idaman, wanita wajib tahu jenis yang sesuai yang harus dimiliki seorang lelaki agar sempurna menjalani peranannya sebagai peneman hidup.

Berikut ini beberapa jenis utama yang harus dimiliki oleh lelaki agar nampak sempurna, seperti dilansir Allwomenstalk.

Tidak mementingkan diri sendiri

Jika seorang lelaki boleh mendahulukan orang lain di atas kepentingan dirinya sendiri tanpa mengeluh, satu keperluan wanita dari lelaki telah dipenuhi.

Mampu mengatakan tiga perkataan

“Saya cinta padamu” bukan termasuk tiga kata penting dalam hubungan. Lelaki harus mampu berkata, “Saya minta maaf.” Mengakui kesalahan secara tulus dan menyesali perbuatan.

Kebaikan dan kasih sayang

Kebaikan dan kasih sayang mutlak dimiliki setiap pasangan hidup. Ini akan memenuhi keperluan, satu sama lain dalam perhubungan.

Kebijaksanaan yang baik

Lelaki tak perlu pintar fizik untuk mengukur tahap kecerdasannya. Tapi lelaki harus mampu menganalisa peristiwa dan memiliki pengetahuan tentang berita terkini. Mereka harus rajin membaca.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas