Tetaplah berhubung

Murung Kerana Putus Cinta, Segera Lakukan Perkara Ini

Hubungan

Murung Kerana Putus Cinta, Segera Lakukan Perkara Ini

Foto: Google

Murung Kerana Putus Cinta, Segera Lakukan Perkara Ini


Putus cinta bukan alasan untuk terus murung dan jatuh ke lubang yang paling dalam. Siapa pun diri anda, layak untuk bahagia.

Walaupun setelah putus cinta rasanya seperti dunia hampir kiamat, tapi itu tidak boleh terjadi. Hati boleh berkecai dan menderita tapi hidup harus diteruskan. Berikut ini cara agar anda tidak terjerumus ke lubang hina pasca putus cinta.

Jangan banyak melamun

Anda tidak boleh hanya duduk di bilik mendengar lagu Coldplay atau segala jenis lagu sedih lain di dalam bilik. Pergi ke luar, bersukan, cari hobi baru, atau buat perancangan aktiviti. Cari kesibukan, bergaul dengan teman, dan jalani kehidupan seperti biasa.

Perbaiki hubungan di sekitar

Ketika putus cinta, sangat mudah sekali seseorang marah dengan keluarga atau teman. Sehingga anda hanyut dan rasa seperti semua orang meninggalkan anda. Padahal, perpisahan mengingatkan anda pada orang-orang yang terbaik, sentiasa ada, dan mencintai anda. Perbaiki hubungan dengan mereka, jangan rosakkan keadaan.

Terima perubahan

Rasa sakit yang hebat akan membawa seseorang ke titik perubahan besar. Itu adalah bukti kalau perpisahan boleh saja dilalui. Setelah semua berlalu pastikan hidup anda jauh lebih baik. Demikian dipetik di Familyshare.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas