Tetaplah berhubung

Mungkin Ini Penyebab Cinta Anda Ditolak

Hubungan

Mungkin Ini Penyebab Cinta Anda Ditolak

Foto: Google

Mungkin Ini Penyebab Cinta Anda Ditolak


Setelah melakukan pendekatan dengan seseorang, anda pasti mahukan orang tersebut menerima anda menjadi pendamping hidup bukan. Namun, bagaimana apabila cinta anda ditolak? Mungkin sebab berikut ini adalah penyebabnya.

Terlalu melekat

Belum menjadi kekasih sudah melekat, bila seperti ini dia akan hilang minat. Mungkin ini adalah kebiasaan anda dengan pasangan sebelumnya. Namun, tak semua orang boleh diperlakukan secara sama. Fikirkan lagi, mungkin ini penyebab cinta anda ditolak selepas pendekatan.

Sombong

Mempunyai kepercayaan diri yang tinggi memang seksi, namun hati-hati jangan sampai anda kelihatan sombong. Banyak cinta ditolak kerana ini, siapa yang tahan dengan keangkuhan? Daripada banyak makan sakit hati lebih baik tidak mempunyai hubungan yang lebih daripada kawan, bukan?

Tiada visi

Faktor lain yang menyebabkan seseorang ditolak adalah kerana tidak mempunyai visi dalam kehidupan. Terlalu malas dan tak mengambil tindakan baik masalah kerjaya, masa depan, dan masih banyak lagi. Dipetik di Boldsky.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas