Tetaplah berhubung

Merasakan Perkara Ini Pada Pasangan Petanda Anda Berjodoh

Hubungan

Merasakan Perkara Ini Pada Pasangan Petanda Anda Berjodoh


JODOH datang dari arah yang tidak disangka-sangka. Walaupun dulu anda sudah berpisah, tapi bila adanya jodoh, masa akan mempertemukan semula dengan bekas kekasih. Dari itu ada baiknya anda pandai menangkap isyarat-isyarat jodoh untuk masa depan.

Jangan terburu-buru mengelak bila bekas kekasih datang semula. Berkemungkian itu adalah isyarat anda berdua berjodoh. Berikut petanda bekas kekasih adalah jodoh anda.

Selesa bersama

Apabila bekas kekasih datang semula, anda rasa selesa melebihi lelaki yang pernah dekat.

Ada matlamat sama

Ketika bertemu bekas kekasih, tak disangka anda mempunyai tujuan sama. Berkahwin, membina kehidupan, dan inginkan anak.

Saling menghormati

Bila satu sama lain masih saling menghormati dan tidak merendahkan martabat masing-masing, cubalah menangkap isyarat ini.

Masa yang tepat

Di dunia ini tiada yang kebetulan. Semua sudah di atur. Apabila anda bertemu semula bekas kekasih ternyata anda berdua sama-sama masih sendiri dan sedang mencari pasangan.

Sudah matang

Jika anda berdua sudah lebih matang, akan lebih mudah melangkah ke masa depan.

Tiada masalah di masa depan

Jika semua masalah masa lalu sudah langsai dan tak akan menjadi bom waktu di masa depan. Mungkin bersatu adalah keputusan tepat. Demikian menyiarkan Allwomenstalk.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas