Tetaplah berhubung

Memaafkan Kesalahan Suami, Begini Caranya

Hubungan

Memaafkan Kesalahan Suami, Begini Caranya


Manusia tak pernah lari dari melakukan kesalahan, termasuk dengan suami anda. Jika suami melakukan kesalahan yang sukar untuk dimaafkan, amalkan tiga tips berikut ini agar anda mudah memaafkannya.

Ekspresikan emosi dengan menulis

Menuliskan apa yang berlaku, apa yang membuat anda rasa sedih, serta kecewa akan membantu dalam proses memaafkan. Ini juga akan membebaskan diri anda dari sifat amarah.

Bersyukur

Lakukan meditasi yang akan membuat perasaan dan fikiran menjadi lebih tenang. Tiada yang sempurna, termasuk anda, juga suami. Bersyukurlah untuk setiap perkara yang anda dapat dari pasangan dan beri toleransi pada suami.

Empati

Empati adalah kemampuan untuk merasakan apa yang dirasakan orang lain. Cubalah memahami setiap kesalahan yang dibuat oleh pasangan, mengapa dia melakukannya dan bagaimana boleh terjadi. Berkomunikasi dengan baik, sehingga sedikit demi sedikit anda boleh memaafkannya.

Ubah pola pemikiran

Daripada selalu mengasihani diri sendiri, lebih baik tukar cerita bahawa anda bukanlah korban. Misalnya, “Setiap pasangan pasti akan mengalami masa-masa sukar dan saya perlu kuat menghadapi itu.” Nescaya, ini dapat membantu anda memaafkan kesalahan suami. Demikian dipetik dari Yourtango.

(nip)

1 Comment
  • NV

    eww.. jijik la baca artikel gini

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas