Tetaplah berhubung

Melalui Malam Pertama Dengan Pasangan Yang Baru Dijodohkan

Hubungan

Melalui Malam Pertama Dengan Pasangan Yang Baru Dijodohkan

Gambar: Boldsky

Melalui Malam Pertama Dengan Pasangan Yang Baru Dijodohkan


Melalui malam pertama dengan suami yang telah lama dikenali mungkin tidak membuat anda takut. Tapi, bagaimana jika akan menghadapi malam pertama dengan suami yang dijodohkan oleh ibu bapa?

Malam pertama selalu dianggap penting untuk melakukan hubungan suami-isteri. Padahal, tiada aturan mengenai soal tersebut. Berikut beberapa tips untuk malam pertama dengan pasangan yang dijodohkan ibu bapa dipetik dari Boldsky, (7/11/2016).

Jangan terburu-buru

Jangan terburu-buru melakukan perkara yang intim sehingga anda benar-benar rasa selesa dengan pasangan. Cuba untuk mengajaknya berbicara dan melakukan sesuatu yang membuat anda berdua selesa.

Tiada peraturan wajib

Tiada peraturan bahawa pada malam pertama anda harus bermesra dan bercinta, walaupun banyak orang mengharapkan perkara tersebut. Tetapi, jika anda berdua rasa penat, anda boleh memanfaatkan masa untuk saling mengenal dan kemudian berehat sahaja pada malam pertama.

Bersantai

Jika mengusung konsep resepsi dengan budaya tradisional, anda mungkin perlu mengikuti tradisi yang memenatkan. Sehingga, perasaan dan tubuh anda berdua sama-sama menjadi taruhan. Anda boleh memanfaatkan malam pertama dengan berehat saja dan saling mengenali agar terbiasa menghabiskan masa bersama. Lebih baik santai sejenak dan saling mendekatkan diri terlebih dahulu.

Jangan keluarkan soalan sensitif

Pada malam pertama, berbincanglah dengan suami atau isteri salah satu perkara yang membuat anda berdua selesa. Tetapi, jangan tanya tentang masa lalu pengalaman seksual pasangan anda pada malam itu juga. Kerana perkara tersebut boleh merosakkan suasana hati dan membuat malam pertama menjadi buruk.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas