Tetaplah berhubung

Mahu Suami Berada Di Rumah? Elakkan Perkara Ini

Foto: Digital Spy

Hubungan

Mahu Suami Berada Di Rumah? Elakkan Perkara Ini

Seorang isteri tentunya perlu memahami apa yang disukai dan tidak disukai oleh suami. Kerana, perkahwinan adalah tentang memahami antara satu sama lain.

Jika terlalu kerap tidak memahami keadaannya boleh menyebabkan suami tak senang duduk di rumah. Agar perkara itu tidak berlaku, elakkan tiga perkara berikut ini.

#1 Tak pernah menyambutnya

Setelah sekian lama berada di luar rumah suami pasti menginginkan disambut dengan senyuman. Berharap isteri di rumah menjadi syurga dan sandaran paling selesa. Bila sebaliknya, jangan berharap suami akan senang duduk di rumah.

Over-protective

Lelaki serupa dengan kebebasan. Memang anda sangat mencintai suami tetapi terlalu over-protective sudah pasti akan membuatnya tak senang berada di rumah. Jangan terlalu melarangnya untuk ke mana dia pergi, yang penting adalah komunikasi berjalan dengan baik.

Terlalu curiga

Ingat, kita manusia bukan malaikat. Cuba untuk terus menumbuhkan rasa percaya kepada suami. Walaupun banyak faktor yang boleh menyebabkan anda tak percaya. Dipetik dari laman Yourtango.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas