Tetaplah berhubung

Lakukan Ini Pada Bekas Kekasih, Dijamin Dia Pasti Menyesal

Hubungan

Lakukan Ini Pada Bekas Kekasih, Dijamin Dia Pasti Menyesal


Apabila putus cinta siapa pun ingin ‘lebih’ daripada bekas kekasihnya. Mereka tidak ingin kelihatan sengsara dan sedih kerana berpisah dengan orang yang dulu mengisi hari-harinya.

Kelihatan sedih dan merana hanya akan memberi kesan bodoh. Untuk itu, semua orang ingin kelihatan kuat, tawakal, dan baik-baik saja agar dapat memenangi perpisahan. Lakukanlah perkara ini agar tidak terperuk pasca putus cinta.

#1 Jangan menghubunginya

Perasaan rindu dan ingin tahu dengan khabar bekas kekasih itu normal. Tapi, jangan anda menelefon atau menghantar teks dalam bentuk apa pun. Tahan diri ketika anda ingin menghantar pesanan teks. Melakukan perkara tersebut membuat anda kelihatan bodoh. Apa pun bentuk teks mesej yang dihantar akan merosakkan peluang untuk menang.

#2 Jangan memburukannya

Biarkan orang lain menilai siapa yang salah dan siapa benar. Jangan menyebar isu atau membicarakan keburukan pada orang lain. Anda boleh cerita hanya kepada sahabat yang paling dekat. Sebab, bila dia tahu anda menyebar khabar angin itu bermakna anda tidak boleh menang.

#3 Tampil lebih cantik

Apabila ada detik-detik yang mempertemukan anda dengan bekas kekasih, ambil kesempatan ini untuk membuat dia menyesal. Perlihatkan diri lebih cantik dan menawan. Ubah gaya rambut dan beli pakaian baru. Lakukan apa pun yang membuat dia tertanya-tanya mengapa anda lebih cantik selepas putus cinta.

#4 Perlihatkan anda bahagia

Mungkin suatu hari anda pergi ke pantai bersama teman-teman dan bersantai, Tiada alasan untuk mengabadikan gambar pada ketika itu. Kemudian, muat naik foto ke media sosial agar dia melihat betapa bahagianya anda ketika berpisah dengannya.

Sumber: Allwomenstalk

Muat artikel
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas