Tetaplah berhubung

Kunci Kebahagiaan Rumah Tangga

Hubungan

Kunci Kebahagiaan Rumah Tangga

Foto: Pinterest

Kunci Kebahagiaan Rumah Tangga

Rahsia rumah tangga yang harmoni ternyata tidaklah sukar. Dari perihal kecil boleh mengembalikan kerumitan rumah tangga menjadi harmoni.

Dari hasil sebuah kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal Personal Relationship, ungkapan “terima kasih” adalah kunci dari keharmonian rumah tangga.

Para penyelidik dari University of Georgia mendapati bahawa ketika pasangan merasa dihargai, hal tersebut mempengaruhi bagaimana pandangan mereka pada perkahwinannya dan seberapa besar komitmen dalam rumah tangga.

Kaji selidik melalui telefon ini melibatkan 468 orang yang telah berkahwin. Mereka diberi pertanyaan mengenai keadaan kewangan, kebiasaan komunikasi dan ungkapan rasa syukur dari pasangan. Setelah data dikumpul dan dianalisis, penyelidik mendapati bahawa petunjuk terbesar perkahwinan positif adalah sama ada individu masing-masing merasa dihargai dan diakui oleh pasangan.

“Semua pasangan mempunyai perbezaan pendapat dan perdebatan. Dan ketika pasangan stres, mereka cenderung lebih sering berhujah. Namun, yang membezakan bukan kerana seberapa kerap mereka berdebat, melainkan bagaimana mereka berdebat dan bagaimana mereka memperlakukan satu sama lain,” terang co-study, Ted Futri.

Jika tahap rasa syukur dalam hubungan lebih tinggi, kemungkinan perceraian dalam rumah tangga berkurang. Sedangkan penunjuk terbesar ketidakbahagiaan perkahwinan, menurut kajian adalah kesukaran kewangan.

Selain itu, para penyelidik juga mendapati bahawa rasa syukur seperti ungkapan “terima kasih” dalam perkahwinan dapat memberikan hasil yang positif dalam rumah tangga ketika terjadi masa-masa sukar, seperti komunikasi. Bersumberkan Huffingtonpost.

(nip)

loading...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas