Tetaplah berhubung

Kisah Tauladan: Awak Tulang Rusukku

Hubungan

Kisah Tauladan: Awak Tulang Rusukku

Foto: Blogspot

Kisah Tauladan: Awak Tulang Rusukku


Fiona : Siapa yang paling awak cintai di dunia ini?

AC : Awaklah !!!
Fiona : Bagi awak, saya ni siapa?
AC : (berfikir sejenak lalu menatap wajah Fiona dengan pasti).
” Awak tulang rusuk saya!!! Kerana Allah lihat bahawa Adam kesepian. Waktu Adam tidur, Allah mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan untuknya, Hawa. Semua jejaka mencari tulang rusuknya yang hilang dan ketika menemui seorang wanita untuknya, tiada lagi rasakan sakit di hati.”

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk beberapa waktu. Setelah itu, pasangan muda ini mula tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kepenatan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta antara satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin hangat untuk dirasakan.

Pada suatu hari, setelah satu pertengkaran Fiona lari keluar
rumah. Tiba di seberang jalan, dia berteriak,

“Awak tak cintakan saya lagi!”

AC sangat membenci perangai Fiona yang tidak matang dan secara spontan berteriak kembali,

“Saya menyesal mengahwini awak! Awak ternyata bukan tulang rusuk saya!!!”

Tiba-tiba Fiona terdiam dan berdiri terpaku untuk beberapa saat.

AC menyesal akan apa yang sudah diucapkan, tetapi seperti
air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diambil kembali.

Dengan berlinangan air mata, Fiona kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Kalau saya bukan tulang rusuk awak, biarkan saya pergi.
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing.”

Lima tahun berlalu…

AC masih tidak berkahwin lain, tetapi berusaha mengetahui akan kehidupan Fiona.

Fiona pernah ke luar negera tetapi sudah kembali. Dia pernah mengahwini dengan seorang jejaka matsaleh dan bercerai.
AC agak kecewa bahawa Fiona tidak menunggunya kembali.
Dan di tengah malam yang sunyi sambil meminum air kopi, dia merasakan sakit di hatinya. Tetapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia sangat merindukan Fiona.

Suatu hari, mereka akhirnya kembali berjumpa.

Di airport KLIA, di tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan
perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah pagar.
AC : Apa kabar?
Fiona : Baik… apakah awak sudah menemukan tulang rusukmu yang hilang?
AC : Belum.
Fiona : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau sempat. Awak tahukan nombor telefon saya, tiada yang berubah.. Fiona tersenyum manis, lalu berlalu. ” Good bye…….”

Satu minggu kemudian, Fiona adalah salah seorang mangsa korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, AC meneguk air kopi dan kembali merasakan sakit di hatinya.

Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana Fiona, Tulang Rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

***

Kita melampiaskan 99% kemarahan kita kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah parah. Penyesalan itu datang sebagai akibat setelah kita menyedari kesalahan kita, semuanya sudah terlambat.

Kerana itu jagalah dan sayangilah orang yang anda cintai dengan segenap hatimu, Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dulu, adakah kata-kata yang diucapkan akan menyakiti orang yang anda cintai??

Kalau ya, sebaiknya janganlah diucapkan. Kerana akan semakin besar risiko kehilangan orang yang anda cintai. Jadi berfikirlah dahulu apakah kata-kata yang akan diucapkan sebanding dengan akibat yang akan diterima ??”

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas