Tetaplah berhubung

Kesetiaan Seorang Wanita Diuji Ketika Pasangannya Tidak Harta

kesetian-seorang-wanita-diuji-ketika-pasangannya-tidak-memiliki-apa-apa

Hubungan

Kesetiaan Seorang Wanita Diuji Ketika Pasangannya Tidak Harta

Gambar: Google

Kesetiaan Seorang Wanita Diuji Ketika Pasangannya Tidak Harta

Jika soal cinta dan kesetiaan boleh dikatakan wanita adalah yang paling hebat. Wanita rela lama menunggu, melakukan apa saja dan juga masih banyak perkara lain yang dilakukan oleh wanita untuk menunjukkan kesetiaan pada pasangannya.

Tidak peduli hubungannya hanya baru selepas berkenalan atau sudah berkahwin, mereka pasti akan setia. Kerana itu untuk menguji kesetian wanita pada pasangannya, kadang-kadang Tuhan membuat pasangannya berada di bawah atau sedang tidak mempunyai apa-apa. Untuk mengetahui adakah mereka akan tetap setia pada pasangan dalam keadaan apapun.

Kerana kebanyakan wanita kalau boleh tidak mahu hidup susah, sehingga seboleh mungkin mereka akan menghindari hidup dalam kekurangan.

Memang tidak semuanya tetapi tidak boleh kita nafikan jika sebahagian besar wanita tidak ingin hidup susah. Mereka yang tidak ingin hidup susah pasti akan banyak menuntut dan akan memutuskan untuk mencari yang baru, yang boleh membuat mereka boleh rasa senang. Hanya wanita yang benar-benar mencintai pasangan yang bersedia hidup serba susah kerana kekurangan pasangannya.

Wanita suka akan harta dan kemewahan, wajar kalau godaan tidak setia akan mendekati mereka ketika pasangannya sedang melarat.

Godaan akan harta dan kemewahan akan selalu membayangi mereka ketika mula merasakan bahawa pasangannya tidak boleh memberikan kedua-duanya. Sedikit saja mereka mengeluh akan keadaan pasangannya yang tidak mempunyai apa-apa, saat itulah keinginan-keinginan mereka mula berkembang. Mula ingin mencari yang lebih banyak mempunyai harta dan yang boleh sentiasa memberikan mereka kemewahan. Kalau mereka tidak dapat mengawal keinginannya mereka akan dikuasai oleh nafsunya untuk mencari pasangan baru yang boleh memberikan kedua-duanya.

Wanita pasti menyukai lelaki yang mempunyai populariti dan kekayaan, mereka boleh berubah apabila anda tidak lagi mempunyai keduanya.

Yang kaya dan popular, kerana tampan, hensem, anaknya CEO, artis, model dan sebagainya pasti selalu disukai oleh wanita. Pasti hidupnya tidak pernah sepi daripada wanita-wanita cantik di sekelilingnya. Ini membuktikan bahawa wanita memang suka pada lelaki yang mempunyai kedua-duanya. Kalau suka kerana alasan kedua-duanya, kelak bila sudah tidak mempunyai kedua-dua wanita yang menyukaimu boleh kehilangan alasan atau ada pula alasan baru untuk tetap setia. Hanya mereka yang mencintai kamu seadanya yang akan memilih untuk tetap setia.

Bila mempunyai segalanya dan dia mencintaimu, itu kenyataan dan merupakan perkara yang biasa.

Bila ada wanita yang mencintai pasangan dengan segala yang dimilikinya, itu adalah sesuatu yang boleh, kerana semua orang di mana sahaja boleh melakukannya. Itu tidak mustahil dan mudah mencari wanita yang mahu tetap setia pada pasangannya yang selalu boleh mengusahakan apa yang dinginkannya.

Namun bila tidak mempunyai segalanya dan dia masih mencintaimu, itu ketulusan.

Barulah akan menjadi sesuatu yang indah, bila mendapati wanita yang masih mahu setia pada pasangannya ketika pasangannya tidak mempunyai segala-galanya. Apalagi jika pasangan rasa mempunyai bayak kelebihan yang boleh mencari orang lain yang lebih sempurna dari dirimu. Jika dia masih tetap bertahan mencintaimu dan segenap kekurangan serta kekuranganmu bermakna wanita itu benar-benar tulus mencintai kamu zahir dan batinnya.

Wanita perlu perlindungan, perlu rasa aman, selama mereka masih mencari itu darimu mereka pasti akan tetap setia.

Setia kepada cintamu adalah pilihan, komitmen, menjadi satu hati dan tetap tinggal di dalamnya walaupun ada begitu banyak tawaran bagus sebagai alasan untuk meninggalkannya. Wanita memerlukan perlindungan, rasa aman (baik secara ekonomi mahupun secara fizikal), mereka perlu kebanggaan dan itu mereka harapkan dari lelaki. Selama mereka masih boleh mencari itu semua dari dalam dirimu maka mereka akan selalu setia pada pasangannya dalam keadaan apapun.

Sumber: Duapah

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas