Tetaplah berhubung

Kenali Petanda Kekasih Ingin Serius Dengan Anda

Foto: Popsugar

Hubungan

Kenali Petanda Kekasih Ingin Serius Dengan Anda

ADAKAH anda merasakan ada yang berbeza dengan hubungan anda masa ini? Adakah rasa itu nyata atau hanya mainan perasaan sahaja?

Hubungan yang bermula begitu santai dan lancar tiba-tiba menunjukkan perubahan. Hubungan menjadi semakin erat malah semakin serius. Untuk membuktikan adakah itu benar, berikut petandanya.

Si Dia meluangkan masa

Jika seorang lelaki mahu meluangkan waktunya untuk anda, itu petanda dia ingin serius. Sebab biasanya lelaki lebih suka santai menyendiri atau menjalani hobinya jika ada masa terluang.

Menghantar teks mesej

Adakah anda selalu mendapat teks mesej darinya? Bila itu berlaku, dia ingin hubungan lebih serius. Dia ingin di sambung setiap hari.

Tahu makanan kegemaran

Jika dia tahu makanan kegemaran anda, itu petandanya ada perhatian lebih. Dia ingin tahu tentang anda lebih jauh.

Dia memanggil sayang

Dalam hubungan biasa, memanggil nama saja cukup. Tapi jika dia mula memanggil dengan panggilan sayang, ada sesuatu yang lebih. Walaupun tidak dengan kata “sayang” sekalipun, nama haiwan peliharaannya juga boleh menjadi isyarat.

Ingin kenal keluarga

Ya, keluarga adalah tanda seorang lelaki berniat serius. Dia ingin kenal keluarga anda, ingin melakukan pendekatan, dan ingin meminta restu. Demikian dimuat di Allwomenstalk

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas