Tetaplah berhubung

Kenali Faktor-Faktor Merosakkan Kebahagiaan

Foto: Shutterstock

Hubungan

Kenali Faktor-Faktor Merosakkan Kebahagiaan

KEHIDUPAN boleh diibaratkan seperti roda yang berputar. Kadang ada kebahagiaan dan kesedihan. Tapi, kadang kebahagiaan itu rosak hanya kerana kesalahan diri sendiri.

Oleh sebab itu, kenali tanda-tanda pola kehidupan yang merosakkan diri sendiri. Berikut ini virus perosak kebahagiaan hidup yang datang dari diri sendiri.

Membandingkan diri dengan orang lain

Membandingkan diri dengan orang lain boleh mengurangkan suka cita dan kebahagiaan. Melihat orang lain lebih berjaya bukan bermakna anda tidak tidak bahagia. Rumput tetangga selalu lebih hijau. Lakukan yang terbaik untuk diri sendiri.

Bersifat kesempurnaan

Tiada di dunia ini yang sempurna. Menuntut diri menjadi sempurna sama seperti menyakiti diri sendiri. Lebih baik mensyukuri apa yang dimiliki diri sendiri agar tidak mudah marah dengan keadaan.

Fokus pada masa lalu

Memaafkan orang lain lebih baik daripada menyimpan dendam. Maafkan kesalahan orang-orang yang sudah menyakiti anda dan lupakan kesalahannya agar hidup lebih bahagia. Demikian ditulis di Allwomenstalk.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas