Tetaplah berhubung

Kembali Menjalinkan Hubungan dengan Bekas Kekasih, Ini Merugikan!

Foto: Huffingtonpost)

Hubungan

Kembali Menjalinkan Hubungan dengan Bekas Kekasih, Ini Merugikan!

TIDAK dapat dinafikan ada beberapa pasangan yang berpisah kemudian kembali, malah sehingga menikah dan ada anak. Tapi biasanya itu terjadi kerana satu sebab.

Namun, ada pula pasangan yang berpisah kerana untuk alasan terbaik dan mereka tidak perlu kembali. Sebabnya, kembali kepada bekas kekasih tidak menjamin kebahagiaan. Berikut kerugian jika kembali dengan bekas kekasih.

Kisah hidup bertakung

Semua orang berhak melukiskan sebuah kisah hidup agar menjadi lebih baik. Untuk itu, ukir kisah hidup dengan pengalaman yang lebih baik. Bukannya kembali ke masa suram.

Luka tak terubat

Ketika ada peluang untuk kembali ke masa lalu, anda harus ingat jika hati tidak boleh terluka lagi. Jangan biarkan luka yang telah kering, menganga kembali.

Masa lalu tidak boleh diubah

Tak kisah seberapa besar keinginan kedua-dua belah pihak untuk cuba dari awal. Tetapi setitik kesalahan di masa lalu, tidak mudah dilupakan. Seketika itu akan menjadi bom waktu yang meledak kemudian menghancurkan hubungan.

Tidak sihat di zon selesa

Setiap hubungan perlukan pengertian, adaptasi, dan toleransi. Terus berada di zon selesa tidak membuat seseorang berjuang mengatasi masalah hubungan.

Kata maaf

Dalam hubungan baru, sebuah kata maaf merupakan ketulusan. Tapi bila kembali pada bekas kekasih, dalam maaf itu terselit rasa curiga. Demikian dimuat di Allwomenstalk.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas