Tetaplah berhubung

Keluarga Idaman Menurut Perspektif Islam

Hubungan

Keluarga Idaman Menurut Perspektif Islam


KELUARGA idaman menurut pandangan Islam adalah keluarga dengan bahtera perkahwinan yang sakinah, mawaddah, warrahmah. Dari sini pula berakar keluarga yang sejahtera dunia dan akhirat. Lantaran itu, bagi suami dan isteri baiknya selalu menjaga perkahwinan dengan cara berikut ini.

Seorang suami jika ingin pernikahannya sakinah, mawaddah, warrahmah hendaknya selalu memperlakukan isteri dengan baik. Memanggilnya dengan panggilan yang manis, selalu menyokongnya dalam keadaan apa pun dan sentiasa memperlakukan isteri dengan penuh kasih sayang.

Sedangkan untuk seorang isteri jika ingin bahtera rumah tangganya sakinah, mawaddah, warrahmah hendaknya selalu menjadi isteri yang soleh. Sentiasa menjaga keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, rajin solat dan mengaji, memahami hak dan menghormati suami serta menerima seadanya bagaimana keadaan suami.

Dengan begini keluarga yang sakinah, mawaddah, warrahmah akan menjadi kenyataan. Sebab, rasa sayang dan cinta yang ada dalam keluarga didasari hanya kerana Allah. Demikian dari sumber Wikihow.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas