Tetaplah berhubung

Kekurangan Suami Yang Perlu Isteri Ketahui

Hubungan

Kekurangan Suami Yang Perlu Isteri Ketahui

Kekurangan Suami Yang Perlu Isteri Ketahui


Setiap insan mempunyai kekurangan diri. Baik secara sifat peribadi ataupun sikap. Mungkin tabiat buruk boleh menjadi masalah bagi seseorang. Masalahnya, apabila kekurangan itu ada pada orang yang dicintai, apakah anda masih mencintainya?

Ini selalu menjadi ujian dalam perkahwinan. Ketika kekurangan dan tabiat buruk suami membuat isteri rasa menjengkelkan. Berikut tabiat buruk suami atau kekurangan yang perlu seorang isteri ketahui.

Hobi bersukan

Jika anda tidak minat dengan aktiviti sukan dan tak yakin untuk menemani suami, sokonglah hobinya ini. Kerana sukan adalah aktiviti positif yang dapat menyihatkan fizikal dan minda.

Hobi bekerja

Ketekunan suami dalam bekerja kerana dia ingin membahagiakan isteri dan anak-anaknya. Mungkin dia tidak mempunyai banyak masa untuk anda, tetapi percayalah tujuannya mulia.

Tidak pernah membantu dalam kerja-kerja di rumah

Jika anda ingin suami membantu dalam kerja-kerja rumah, jangan terlalu mengharapkan dia mahu membantu menyapu atau mencuci pinggan. Jika dia mencuci kereta atau memotong rumput itu merupakan caranya mengambil berat terhadap kebersihan rumah.

Tidak mudah emosi

Rasa kesal kerana suami terlalu tenang dan tidak menunjukkan emosi seperti wanita. Beruntunglah. Sebabnya, dia mampu mengenalpasti masalah dan cara penyelesaiannya sesuai dengan target. Demikian dipetik dari Familyshare.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas