Tetaplah berhubung

Keinginan Rahsia Isteri Yang Tidak Diketahui Oleh Suami

Keinginan wanita

Hubungan

Keinginan Rahsia Isteri Yang Tidak Diketahui Oleh Suami

Foto: Google

Keinginan Rahsia Isteri Yang Tidak Diketahui Oleh Suami

Kebahagiaan isteri dalam perkahwinan sebenarlah sangatlah sederhana, mereka tak perlukan berlian dan harta yang banyak. Cukup sekadar suami sudi memahami, isteri hanya mahu kebahagiaan di hati.

Suami hanya perlu melakukan hal-hal yang dapat menenangkan hati isteri. Berikut ini adalah hal sederhana yang diinginkan oleh isteri dari suami yang dapat membuat hatinya rasa bahagia.

Berdoa Bersama

Setinggi apa pun jawatan isteri dalam kariernya di pejabat, suami tetaplah imam dalam rumah tangga. Isteri akan sangat bahagia bila pasangan hidupnya dapat membantu memberi ketenangan rohani. Untuk itu, ambil masa bersama isteri untuk sembahyang dan berdoa bersama.

Mendengar

Suami mudah sekali menyangkal kata-kata isteri. Padahal isteri tidak perlu perubahan langsung secara drastik bila mereka memberi cadangan. Tetapi, isteri hanya mahu didengar.

Menikmati Pagi Bersama

Sesingkat apapun waktu pagi suami, isteri sebetulnya sangat mendambakan suasana romantis untuk menikmati pagi berdua dengan santai. Walau hanya sekadar menikmati secangkir teh panas.

Meletakkan telefon pintar

Bukan rahsia kalau teknologi dapat mempengaruhi semua jenis interaksi. Percayalah isteri sangat terganggu ketika berbincang dengan suami, mereka hanya bermain COC pada telefon pintar. Cuba letakkan telefon pintar anda lima minit untuk melayan interaksi isteri.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas