Tetaplah berhubung

Kehidupan Tak Seperti Yang Di Rancang, Tapi Roda Terus Berputar

Hubungan

Kehidupan Tak Seperti Yang Di Rancang, Tapi Roda Terus Berputar


Harapan dan realiti kadang-kadang tak selaras. Tak semua yang kita inginkan dapat kita capai. Perancangan yang kita buat adakalanya berjalan tak sesuai dengan yang dijangkakan. Jika sudah begini, ah rasanya ingin menyerah dan putus asa saja.

Tetapi sekalipun kamu putus asa dan berhenti berusaha, kehidupan masih akan terus berjalan. Diam sahaja di satu tempat dan menyalahkan keadaan tak akan membuat perubahan apapun. Sememangnya kita mahu mensia-siakan hidup kita begitu sahaja tanpa membuat sesuatu yang bermakna?

Sedih Boleh, Tapi Jangan Lama-Lama

Menangis saja jika itu boleh membuat hatimu kuat. Bersedihlah kalau itu boleh meringankan hatimu. Luahkan semua kekesalan hati sepuasnya tapi jangan lama-lama, ya. Masih banyak tanggungjawab dan keutamaan yang harus kamu lakukan. Ada perkara yang lebih penting yang memerlukan perhatianmu. Matahari juga masih berputar, siang dan malam masih akan terus datang silih berganti. Adakah kita mahu melewatkan perkara-perkara penting kerana terlalu tenggelam dalam kesedihan diri?

Apabila Kita Terjatuh, Itulah Waktu Kita Semakin Kuat

Ketika kita terjatuh, apabila kita gagal melakukan sesuatu, di waktu itulah kita akan semakin kuat. Dari luka, kita akan lebih menghargai bahagia. Dengan merasakan kesedihan, kita boleh melihat hidup dari sudut pandang yang berbeza. Terluka dan terjatuh, itu semua sudah jadi sebahagian dari ujian kita. Jika tidak begitu, mana boleh kita jadi seseorang yang lebih kuat. Besi saja harus ditempa berkali-kali di suhu yang sangat panas untuk dijadikan sebilah pedang.

Hidup Itu Bagai Mengayuh Basikal

Basikal harus terus dikayuh agar kita tetap boleh berjalan dan sampai tujuan. Begitu juga dengan hidup. Untuk mencapai tujuan hidup yang kita inginkan, kita harus tetap melangkah. Kita tak boleh hanya diam begitu sahaja jika ingin menggapai sesuatu. Memang sesekali kita harus berhenti sejenak untuk kembali mengumpulkan tenaga. Setelah itu, kita perlu meneruskan perjalanan.

Langkahmu Mungkin Terhenti Tapi Sebenarnya Itu Memberimu Kesempatan Untuk Istirehat

Apabila terjatuh atau terhenti, anggap itu adalah peluang anda untuk berehat. Memang tidak mudah menghadapi kenyataan itu tapi selalu ada cara untuk berfikir positif. Apabila gagal melakukan sesuatu, pasti ada hikmah di sebaliknya. Mungkin memang belum tiba masanya kamu berjaya. Boleh jadi malah ada sesuatu yang lebih besar yang menunggumu di pintu yang lain.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas