Tetaplah berhubung

Katakan Ini Pada Diri Sendiri Setiap Hari Apabila Rasa Gagal sebagai Isteri

Hubungan

Katakan Ini Pada Diri Sendiri Setiap Hari Apabila Rasa Gagal sebagai Isteri

Foto: Familyshare

Katakan Ini Pada Diri Sendiri Setiap Hari Apabila Rasa Gagal sebagai Isteri

Penulis terkenal Amerika Syarikat, Lisa Jacobson mengatakan, “Salah satu anugerah tertinggi seorang wanita adalah menjadi seorang isteri yang berharga dalam hidup suaminya.”

Malangnya, isteri kerap rasa banyak kekurangan dalam dirinya sehingga muncul fikiran-fikiran negatif. Akhirnya mereka rasa telah gagal menjadi isteri apabila tidak mampu menjadi seperti yang diinginkan oleh suami. Padahal, peranan sebagai isteri tersangat mulia. Jika anda dihantui perasaan gagal sebagai isteri, katakan ini pada diri sendiri.

“Aku memang belum boleh menjadi yang terbaik”

Tiada isteri yang sempurna. Anda tidak dituntut untuk mahir memasak, berpakaian, tampil berfesyen, dan menjadi seorang ibu bijak. Anda hanya boleh memaksimumkan kelebihan. Fokuslah pada perkara itu.

“Aku suka sesuatu yang berbeza”

Perkahwinan tidak selalu indah. Jangan mendiskriminasi diri sendiri ketika perkahwinan mengalami rencahnya atau perselisihan dengan suami. Anggap sahaja masalah adalah proses belajar untuk mengenali pasangan lebih dalam dan resepi perkahwinan.

“Aku cantik, kuat, dan mampu”

Sangat mudah mengkritik diri sendiri dan melihat kekurangan diri. Tapi tidak benar. Segera hentikan dan berfikirlah dengan sebaliknya. Anda adalah seorang yang unik, disenangi, berkeyakinan diri dan mempunyai kelebihan yang orang lain tiada.

“Dia memilihku”

Suami mencintai anda. Dari berjuta-juta lebih wanita di dunia dia memilih anda. Anda adalah wanita yang membuatnya rindu pulang ke rumah setiap hari.

(nip)

loading...
Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas