Tetaplah berhubung

Karakter Lelaki Yang Tidak Layak Dijadikan Pasangan Hidup

Karakter Lelaki Yang Tidak Layak Dijadikan Pasangan Hidup

Hubungan

Karakter Lelaki Yang Tidak Layak Dijadikan Pasangan Hidup

Karakter Lelaki Yang Tidak Layak Dijadikan Pasangan Hidup

Jodoh adalah pencarian pasangan yang terbaik untuk berkongsi suka duka selama sisa hidup bersama.

Namun, sebelum mencari orang tersebut, pastinya seseorang akan bertemu dengan pelbagai watak yang membuat hati penat. Dan berikut ini beberapa watak lelaki yang membuat hati rasa penat dan patut untuk dielakkan. Berikut memuat Yourtango,

Kacak tetapi membosankan

Anda mungkin telah termakan dengan penampilannya yang menarik dan rupanya yang menawan. Gagah dan berkarisma, tapi sayangnya perbincangan yang ada terasa membosankan, tanpa humor, dan rasa mendatar.

Mr. Know-It-All

Perkara ini lebih dikenali oleh orang Malaysia sebagai seseorang yang mengetahui segalanya. Ya, pasti anda pernah menjalin hubungan dengan seseorang yang seperti ini. Tak peduli apa yang anda bicarakan, lelaki ini mendakwa mengetahui segala-galanya walaupun sebenarnya bukan kapasitinya. Dia akan merasa jengkel bila anda tak setuju dengan pandangannya dan akan menjatuhkan diri anda bila benar.

Bongkak

Semua perkara adalah tentang dirinya. Bagaimana dia berpenampilan, bekerja, dan kehebatan lain dari dirinya. Dia tak akan mengalihkan pandangannya kepada anda. Malah, bernasib baik apabila dia dapat mengingati nama anda.

Obsesi dengan bentuk tubuh

Dia taksub dengan bentuk tubuh dan menghabiskan lebih banyak masa di gym dari di rumah. Dia akan mengambil kelas tentang diet berkhasiat untuk tubuh dan suka mengulas mengenai bentuk badan sendiri. Makan malam romantis penuh karbo? Lupakan.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas