Tetaplah berhubung

Jika Lelaki Ada Sifat Ini? Petanda Layak Dijadikan Suami

jika-lelaki-ada-sifat-ini-petanda-layak-dijadikan-suami

Hubungan

Jika Lelaki Ada Sifat Ini? Petanda Layak Dijadikan Suami

KUNCI hubungan yang sihat adalah kecerdasan emosi yang terletak pada dua individu yang sedang menjalani hubungan tersebut. Namun, hati dan fikiran seseorang tak ada yang tahu, usia pun tak menentukan kematangan seseorang.

Sebelum anda terjebak dengan seseorang lelaki yang tak dewasa. Baiknya kenali terlebih dahulu bagaimana kedewasaannya dalam bersikap ketika masa pendekatan dari ulasan di bawah ini.

Mahu mengakui kesalahan

Tiada manusia yang sempurna, semua tentu pernah atau boleh saja membuat kesalahan. Orang yang dewasa tak takut mengakui kesalahan dan berani untuk bertanggungjawab.

Mampu mengawal emosi

Kadang-kadang perkara yang sukar untuk dilakukan adalah bernafas, berfikir rasional dan mengetahui akibat sebelum bertindak balas. Bila belum dewasa seseorang akan mudah untuk terpancing emosinya.

Empati tinggi

Empati adalah rasa di mana kita boleh merasakan apa yang orang lain rasakan. Ini merupakan bentuk rasa kasih dari seorang manusia. Seseorang dengan kematangan emosi boleh melihat situasi dari sudut pandang orang lain. Demikian dimuat Lovepanky.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas