Tetaplah berhubung

Isteri Solehah Menerapkan Tiga Perkara Ini Dalam Kehidupan

Foto: Pinterest

Hubungan

Isteri Solehah Menerapkan Tiga Perkara Ini Dalam Kehidupan

Pernikahan dalam Islam adalah kontrak kehidupan antara lelaki dan wanita yang penuh berkah. Kerana, ini juga sebahagian daripada ibadah, Allah SWT juga menjanjikan syurga bagi yang menjalankan dengan syariatnya.

Terutama untuk wanita, jika ingin menjadi isteri yang solehah terapkan tips berikut ini, dipetik dari wikiHow.

Rajin solat dan mengaji

Semua muslimah pasti tahu perkara ini. Untuk menjadi isteri yang solehah sudah sepatutnya selalu memohon keampunan kepada Allah dan meminta keberkatan dalam rumah tangga yang sedang dijalani.

Memahami hak dan menghormati suami

Sebagai isteri anda harus memahami apa saja hak-hak suami yang harus dipenuhi dan hormatilah beliau sebagai pemimpin dalam hidup anda. Dalam Islam keperluan suami sangat diberi keutamaan, namun dalam masa yang sama seorang suami juga perlu menghargai setiap apa yang dilakukan oleh isterinya.

Menerima seadanya

Seiring berjalannya waktu seorang suami pasti akan berubah, terutama pada fizikalnya. Jika anda ingin menjadi isteri yang solehah, maka terimalah dia seadanya, dukunglah apa yang dia lakukan selama itu positif dan bermanfaat untuk keluarga serta sesuai dengan syariat agama.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas