Tetaplah berhubung

Isteri Menjenuhkan Membuat Suami Inginkan Wanita Lain

Hubungan

Isteri Menjenuhkan Membuat Suami Inginkan Wanita Lain


Sangatlah di luar dugaan apabila suami yang dulu begitu mencintai isterinya, tiba-tiba mahukan wanita lain. Apa yang membuat suami boleh melirik wanita lain?

Ada beberapa alasan suami melirik wanita lain. Malangnya, tidak semua penyebab berpunca dari kesalahan isteri. Berikut penyebab suami melirik wanita lain.

#1 Isteri menjenuhkan

Lelaki mencari wanita yang tidak takut bahagia. Dia memerlukan wanita spontan dan riang. Lelaki tak suka terlalu terikat dengan komitmen akan mencari wanita yang juga suka sedikit lari dari tanggungjawab. Dia suka wanita kebudak-budakan, manja, dan mempunyai hobi bermain video game. Walaupun kedengaran tidak masuk akal. Tapi lelaki tidak suka tinggal dalam suasana perkahwinan yang membosankan.

#2 Dia mencari rakan

Lelaki berharap menemui wanita yang dapat membina keintiman secara emosi. Mereka memerlukan wanita yang boleh mendengar, mengerti, dan tidak takut bercakap tentang apa pun. Wanita yang tidak bertindak balas dalam menjalankan peranannya, membuat lelaki ingin mencari pasangan yang dapat memenuhi aspek lain dalam hubungannya.

#3 Mencari sesuatu yang tak ada pada isteri

Misalnya, lelaki menyukai wanita feminin, namun dia terlanjur memutuskan berkahwin dengan wanita yang tidak sesuai seleranya. Ketika di tengah jalan dia mencari wanita yang sesuai impiannya, di situlah dia akan curang.

#4 Ingin wanita bahagia

Lelaki ingin wanita bahagia. Jika situasi dalam perkahwinan anda seperti jauh dari harapan bahagia, mungkin itulah yang membuat lelaki ingin mencari wanita lain untuk mendapat kebahagiaan bersama. Hubungan bahagia di masa lalu belum tentu boleh berlaku lagi sekarang.

Sumber: Familyshare

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas