Tetaplah berhubung

Ini Yang Wanita Inginkan Dari Seorang Lelaki

Ini Yang Wanita Inginkan Dari Seorang Lelaki

Hubungan

Ini Yang Wanita Inginkan Dari Seorang Lelaki

Foto: TONFEB

Ini Yang Wanita Inginkan Dari Seorang Lelaki

Dalam sebuah perhubungan, penting bagi lelaki dan wanita untuk saling memahami tentang keinginan masing-masing.

Hadiah berbentuk material bukanlah satu-satunya perkara yang membuat wanita bahagia, oleh itu perkara biasa dan sederhana sebenarnya lebih wanita perlukan. Jadi, bagi anda seorang lelaki, mulalah melakukan hal-hal di bawah ini sekarang juga. Berikut memetik Boldsky.

Pujian

Setiap wanita berhak mendapat pujian dari lelaki. Jika anda jarang memuji pasangan, mulakan dengan kata betapa si dia sangat cantik hari ini.

Perhatian

Hal sederhana seperti membalas SMS tanpa menunda, menanya khabar, seringkali dipandang ringan oleh lelaki. Tidaklah bermaksud lelaki itu harus selalu melaporkan setiap 1 jam selama 24 jam, tetapi sekurang-kurangnya jangan membuat wanita rasa kesal kerana lelaki seakan menghilang.

Perlakuan baik

Setiap wanita berhak dihormati dan diperlakukan istimewa. Banyak sekali kekerasan rumah tangga berlaku kerana wanita diperlakukan dengan tidak baik.

Kejujuran

Kejujuran adalah hal paling penting dalam perhubungan. Tanpa kejujuran, tiada gunanya komitmen perkahwinan.

Perasaan dimiliki

Jika mencintainya sampai tiada sebaris kata yang dapat menggambarkan rasa cinta anda, maka pasangan berhak mengetahuinya. Jangan sembunyikan perasaan anda.

Pemahaman PMS

Penting bagi lelaki untuk memahami tempoh PMS pada wanita apabila dia rasa sensitif dan mudah tersinggung. Manjakan dia dan jangan terbawa oleh emosi.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas