Tetaplah berhubung

Ini Sebab Lelaki Tunda Majlis Perkahwinan

Foto: Wikinut

Hubungan

Ini Sebab Lelaki Tunda Majlis Perkahwinan

Tidak seperti wanita yang selalu bersemangat membawa hubungan ke gerbang perkahwinan. Lelaki umumnya tidak terburu-buru untuk berkahwin, mereka lebih merancang masa depan untuk perkara yang lain.

Lelaki ada alasan tersendiri kenapa mereka menunda pernikahan. Bagi wanita yang hubungannya sedang ‘digantung’ kerana kekasih terus melambat-lambatkan perkahwinan, artikel ini akan mendedahkan sebab lelaki menunda perkahwinan. Seperti dipetik di laman Geniusbeauty.

Kos berkeluarga tinggi

Rata-rata lelaki cuba mengelakkan tanggungjawab mengurus keluarga kerana tidak mempunyai wang. Sebabnya, sudah pasti kos hidup bersendiri lebih murah berbanding berkahwin. Oleh itu, lelaki mengalami keraguan untuk serius berumahtangga.

Tak bersedia mempunyai anak

Alasan lain kenapa banyak lelaki tidak terburu-buru berkahwin adalah bahawa mereka tidak menyokong gagasan mempunyai anak sebagai langkah lebih lanjut selepas berkahwin. Ini adalah soal tanggungjawab, dan hal itu berbeza secara individu, tetapi kebanyakan lelaki tidak bersedia mengurus isteri dan seorang anak pada masa yang sama. Perkara itu terlalu berat bagi mereka!

Hilang kepercayaan

Lelaki moden mudah termakan isu perkahwinan musnah. Mereka lebih yakin pada penceraian berbanding perkahwinan yang bahagia. Oleh sebab itu, lelaki tidak ingin menghabiskan wang lebih cepat. Selain itu lelaki tidak sedia kecewa apabila perkahwinan gagal.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas