Tetaplah berhubung

Ini Membuat Lelaki Bingung Menghadapi Wanita

Foto: Rd

Hubungan

Ini Membuat Lelaki Bingung Menghadapi Wanita

KAUM wanita kerap menganggap lelaki sebagai makhluk yang tidak peka. Perkara ini sering membuat lelaki rasa kecewa.

Lelaki rasa tersiksa kerana harus mengerti wanita tanpa diberitahu dengan jelas apa yang diinginkan. Padahal, lelaki bukanlah pembaca yang baik. Mereka dipaksa mengagak apa yang wanita mahu. Ini adalah salah satu rahsia yang tidak ramai diketahui wanita.

Selain itu, ada beberapa rahsia lelaki lain yang tidak diketahui wanita seperti diulas Thoughtcatalog berikut ini:

Lelaki bukan “pembaca” yang baik

Lelaki tidak mempunyai kemahiran “membaca orang” sebaik wanita. Jadi apabila anda mempunyai keinginan, katakanlah secara terang kepadanya. Jangan hanya diam dan berharap mereka mengetahui apa yang anda inginkan tanpa bercakap. Kerana sekali lagi, lelaki bukan pembaca yang baik untuk membaca kod yang rumit dari anda.

Sudut pandang lelaki pada wanita

Lelaki mempunyai pandangan sendiri pada wanita. Mereka menganggap wanita boleh mendapatkan apa yang mereka mahu. Mereka boleh keluar setiap malam jika mahu. Lelaki juga memandang wanita sebagai makhluk yang dapat menakluk lelaki dengan mudah.

Lelaki bingung apa yang wanita inginkan

Lelaki diajar oleh ibu bapa sejak muda bahawa mereka harus begini dan begitu dalam menghadapi wanita. Tapi kadang-kadang, mereka juga tidak mengerti apa yang wanita inginkan kerana peribadi wanita berbeza-beza. Mereka harus mengetahui dengan sendiri apa yang wanita inginkan, tidak jarang pula yang salah menafsirkan. Ini membuat mereka kecewa. Yang boleh anda lakukan untuk membantu lelaki adalah, jangan buat mereka meneka apa yang anda inginkan tanpa mengatakannya langsung.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas