Tetaplah berhubung

Inginkan Kekasih Baru, Bekalkan Diri Dengan Ini Terlebih Dahulu

Hubungan

Inginkan Kekasih Baru, Bekalkan Diri Dengan Ini Terlebih Dahulu


Wanita, apabila anda ingin mempunyai kekasih baru pastikan siap sedia untuk bertanggungjawab 100 peratus dengan hubungan tersebut. Sebabnya, nasib hubungan tidak selalu berada di tangan lelaki.

Agar hubungan yang sihat berlaku, cubalah lakukan beberapa persiapan sebelum komited dengan lelaki. Seperti dimuat di Allwomenstalk, inilah bekal yang harus dimiliki wanita sebelum ada kekasih baru.

Tahu merawat diri

Jika anda belum cukup mampu mengurus diri sendiri, ketika menjalin hubungan anda akan bergantung kepada lelaki. Ini pemikiran yang tidak sihat.

Urusan dengan bekas kekasih sudah berakhir

Jangan biarkan segala hal yang masih berkaitan dengan bekas kekasih masuk ke dalam hubungan anda. Selesaikan dulu semua masalah yang masih tersisa, baru memulakan hubungan baru.

Ada teman untuk bergaul

Setelah menjalin hubungan dengan kekasih jangan sampai kehidupan hanya untuk urusan teman wanita. Pastikan anda mempunyai lingkaran sosial yang baik.

Ketahui cara menangani konfrantasi

Sangat penting belajar menangani konflik sebelum memutuskan menjalin hubungan. Sehingga hubungan yang terjalin tidak lebur atau dihiasi dengan jeritan dan tangisan.

Selesa dengan diri sendiri

Rasa selesa dengan diri sendiri sangatlah penting sebelum membiarkan orang lain memeluk dan mencium tubuh anda. Jika tidak selesa, ketika kekasih memeluk anda refleks menghindarinya.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas