Tetaplah berhubung

Ingin Cepat Move-On? Hindari Laman Sosial Seperti Facebook Dan Twitter

Hubungan

Ingin Cepat Move-On? Hindari Laman Sosial Seperti Facebook Dan Twitter

Foto: Blogspot.com

Ingin Cepat Move-On? Hindari Laman Sosial Seperti Facebook Dan Twitter


Adakah anda baru sahaja putus cinta dan ingin cepat-cepat move-on dari bekas kekasih? Jesse Fox dari The Ohio State University dan Robert S Tokunaga dari University of Hawaii mendapati bahawa individu yang paling merana selepas putus cinta adalah mereka yang paling kerap memantau (stalking) bekas kekasih secara online.

Kebiasaan ini membuat mereka makin sukar melupakan bekas kekasih, kata pakar. Dalam kajian, 431 peserta yang mengalami putus cinta telah dikaji. Para penyelidik menilai hubungan antara faktor-faktor seperti tahap kecemasan, tahap komitmen, tanggungjawab, tekanan emosi selepas perpisahan, dan keinginan membina perhubungan baru.

Para penyelidik mendapati bahawa bukanlah jarang seseorang tetap berkawan dengan bekas di Facebook/Twitter walaupun telah disakiti. Hal ini kerana mereka ingin tahubagaimana kehidupan dan perasaan bekas kekasih menerusi kemaskini terbaru.

Oleh kerana tekanan ini boleh mencetuskan pula masalah penggunaan internet, pakar psikologi mungkin akan mencadangkan para pesakit mengurangkan penggunaan internet selama tempoh patah hati. Sumber dari Indiatimes.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas