Tetaplah berhubung

Ingat, Jangan Menjalinkan Hubungan Dengan Lelaki Seperti Ini

Foto: Huffingtonpost

Hubungan

Ingat, Jangan Menjalinkan Hubungan Dengan Lelaki Seperti Ini

Memulakan hubungan baru, anda perlu ada peraturan dalam diri untuk menapis seseorang yang buruk masuk ke dalam kehidupan anda.

Untuk itu, berikut beberapa kriteria lelaki yang wajib anda jauhi. Demikian diperik dari laman Boldsky.

Hanya berorientasi syahwat

Jika seorang lelaki hanya berorientasikan syahwat batin dan tidak mempunyai tujuan lain selain ini, lelaki tersebut tidak perlu dipertahankan. Anda tak perlu menjadi “mainan” ketika dia ingin memenuhi hasratnya.

Selalu menghantui

Memang pada mulanya lelaki seperti ini kelihatan sangat tertarik pada anda. Namun, tiba-tiba lelaki seperti ini boleh hilang kerana keinginannya telah dipenuhi untuk mendapatkan anda.

Sudah mempunyai wanita lain

Memang ini adalah hak anda. Namun jika anda termakan rayuannya yang menjanjikan akan memutuskan hubungannya dengan kekasihnya dan berpaling pada anda, ini yang akan menjadi bumerang. Ini hanya membuktikan dengan hubungan terdahulu saja dia tak setia, boleh jadi juga anda kemudian berpeluang mengalami perkara ini pula.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas