Tetaplah berhubung

Ingat 3 Perkara Ini Bila Tertarik Pada Lelaki Beristeri

Hubungan

Ingat 3 Perkara Ini Bila Tertarik Pada Lelaki Beristeri


Buat wanita yang menyukai lelaki matang, akan mudah jatuh cinta dengan lelaki yang sudah berkahwin. Jika dia seorang lelaki baik, tidaklah menjadi masalah.

Namun, lain halnya, jika lelaki yang sudah beristeri tersebut suka bermain dengan hati dan perasaan, bersedia menghadapi drama cinta yang rumit dan menghabiskan tenaga. Jadi, bagaimana cara mengakhirinya? Pelajari strategi di bawah ini.

Jangan percaya dia

Walau dia berjanji akan meninggalkan isterinya dan beralih kepada anda sekalipun, jangan percaya kata-katanya. Fikir balik, mungkin ketika sudah bersama anda. Mahukah anda dicurangi kemudian ditinggalkan?

Terima rasa cemburu

Ketika jatuh cinta dengan lelaki yang sudah berkahwin, anda pasti akan cemburu dengan isterinya. Terimalah rasa cemburu itu. Cuba berdamai dengan iri hati.

Jangan salahkan diri

Malah, jika anda percaya lelaki yang sudah berkahwin itu adalah cinta hidup anda, jangan berfikir bahawa ada sesuatu yang salah dengan anda, kerana dia tidak akan meninggalkan isterinya. Ingat bahawa komited di hadapan Tuhan agar untuk setia. Seperti dipetik di laman Allwomenstalk.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas