Tetaplah berhubung

Hindari Kesalahan Ini Ketika Memikat Teman Lelaki

Foto: Pinterest

Hubungan

Hindari Kesalahan Ini Ketika Memikat Teman Lelaki

Wanita pada kebiasaannya tidak percaya akan diri sendiri ketika mendekati lelaki yang disukai. Sebabnya, salah kaedah malah membuat lelaki yang disukai menjauhi diri.

Berikut ini lima kesalahan wanita dalam memikat lelaki, dipetik di laman Cosmopolitan.

Terbahak-bahak tanpa henti

Lelaki memang suka senyum dan gelak ketawa wanita. Namun, ketawa terbahak-bahak tanpa henti malah membuat lelaki sakit hati kerana di sisi lain, lelaki masih menyukai sikap tenang dan anggun dari seorang wanita.

Menceritakan lelaki-lelaki yang menyukai anda

Mungkin maksudnya ingin membanggakan diri. Tapi, lelaki boleh menganggap anda wanita yang menyakitkan hati.

Berpura-pura menyukai apa yang dia suka

Mungkin anda ingin mengesankannya dengan mengatakan, menyukai perkara yang sama dengannya. Namun, cara ini boleh menjadi bumerang ketika anda dan dia mula terlibat dalam perbualan serius. Dia boleh kehilangan minat ketika tahu bahawa anda hanya berpura-pura.

Stalking melalui media sosial

Ada perbezaan besar dari mengetahui keperibadian orang yang disukai melalui media sosial dan memberi komen tentang semua posting-nya untuk mencari perhatian.

Mengedipkan mata

Mungkin cara ini berlaku di zaman dulu. Namun, jika digunakan di zaman sekarang, percayalah lelaki yang anda suka malah terus mengambil langkah seribu.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas