Tetaplah berhubung

Hilangkan Tekanan Perasaan Menunggu Jodoh

Hubungan

Hilangkan Tekanan Perasaan Menunggu Jodoh

Foto: Blogspot.com

Hilangkan Tekanan Perasaan Menunggu Jodoh

Yang pastinya kita semua akan bertemu dengan jodoh. Namun, dalam penantian panjang membuat ramai tidak sabar, sehingga timbullah kemurungan.

Bila anda penat menanti jodoh bila bakal tiba, jangan berputus asa. Atasi kemurungan dengan cara di bawah ini.

Sedar kehidupan bukan kisah dongeng

Hidup ini tak seromantis cerita novel mahupun drama di layar tv. Di mana anda selalu berjumpa dengan orang yang tepat dan sesuai dengan harapan. Hidup lebih rumit daripada cerita-cerita ini, jadi bersabarlah.

Fikir, ada orang di luar sana menanti

Pemikiran bahawa ada seseorang yang diciptakan untuk mendampingi anda dalam hidup itu sangat tepat. Tapi jika berfikir bahawa anda satu-satunya yang diciptakan untuk seseorang, itu salah. Ada banyak orang yang menjadi pasangan kedua, ke-tiga atau ke-empat dalam sesebuah rumahtangga.

Jodoh belum tentu pasangan

Jodoh bukanlah bermaksud teman wanita yang selama ini menemani atau yang anda harapkan. Jadi bersedia menerima kejutan siapa yang akan menjadi jodoh anda. Demikian memuat sumber Allwomenstalk.

(nip)

loading...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas