Tetaplah berhubung

Harapan Wanita Terhadap Pasangan Yang Tak Masuk Akal

Harapan Wanita Terhadap Pasangan Yang Tak Masuk Akal

Hubungan

Harapan Wanita Terhadap Pasangan Yang Tak Masuk Akal

Harapan Wanita Terhadap Pasangan Yang Tak Masuk Akal

Sangat mudah bagi wanita menaruh harapan pada lelaki. Kadang-kadang harapan-harapan atau “relationship goals” tersebut tidak masuk akal, dan wanita mengimpikan itu terjadi.

Wanita adakalanya tidak sedar kalau tidak ada manusia yang sempurna, termasuk lelaki, mereka juga ada batas kemampuan. Untuk itu, fikir kembali ketika anda akan menaruh harapan pada pasangan.

Berikut beberapa harapan wanita yang berada di luar kenyataan hidup memuat Allwomenstalk.

Lelaki mendengar seperti sahabat wanita

Perlu waktu lama memahami bahawa kekasih tidak seperti sahabat-sahabat anda. Dia tidak berfikir sama pula seperti seorang wanita. Mungkin dia adalah pendengar yang baik, namun dalam menawarkan simpati tidak seperti wanita.

Menghargai atau make-up

Dalam hal ini bukan bererti kekasih tidak menghargai kecantikan anda. Dia tahu dan sedar akan itu. Tapi dia mungkin tidak berminat menyanjung-nyanjung anda seperti seorang model atau artis. Pemahaman beliau hanyalah anda adalah kekasih yang cantik.

Suka filem yang sama

Sementara ada beberapa persamaan antara anda dengannya. Tapi tidak dalam semua perkara. Apabila selera filem anda dengan dia tidak sama bukan bererti anda tidak sesuai. Jangan pula memaksa mereka menyukai filem drama tv seperti anda.

Selalu sependapat

Kadang-kadang apabila anda begitu cinta dengan seseorang yang diharapkan adalah mereka boleh berfikir persis seperti anda. Dan anda mungkin mendapati bahawa anda mempunyai banyak persamaan. Tetapi ingat, tiada yang serupa. Anda dua individu yang unik.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas