Tetaplah berhubung

Gelagat Bekas Kekasih Setelah Move On

Hubungan

Gelagat Bekas Kekasih Setelah Move On

Foto: Pinterest

Gelagat Bekas Kekasih Setelah Move On


Adakah si dia telah sepenuhnya move on ataukah dia masih memikirkan anda? Wanita umumnya tidak rela jika lelaki move on terlebih dahulu.

Walaupun tidak baik menyimpulkannya move on hanya dari melihat dari segi gelagat si dia, cara-cara di bawah ini boleh membantu anda. Bersumberkan Boldsky.

Dia tidak melirik anda

Walaupun berada berdekatan si dia, dia tidak mahu membuat hubungan mata. Dia meneruskan aktivitinya seakan-akan anda tiada di sana.

Dia tidak lagi menghubungi anda

Si dia tidak lagi tertarik terhadap anda dan tidak akan bersusah-payah untuk menghubungi anda juga.

Tidak memberi respon

Ketika anda berbicara dengannya, respon tidak lagi seperti dahulu. Semangat hilang seiring dengan hilangnya perasaan cinta.

Tidak bertindak balas malah jika anda berteriak sekalipun

Dulu, mungkin dia akan bertindak balas pada perihal kecil yang anda lakukan. Tetapi sekarang, dia tidak bertindak balas walaupun ketika anda berteriak.

Dia memilih untuk mengabaikan anda

Dia mengabaikan anda baik di dunia nyata mahupun dunia maya. Semasa berselisih di pejabat atau di jalanan, dia bersikap seakan-akan tidak melihat anda.

Jika anda masih berminat untuk mengembalikan hubungan, cara terbaik adalah bertanya. Tapi jika tidak, sebaiknya anda juga akan cari cara untuk move on.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas