Tetaplah berhubung

Fakta Lelaki Kelakar Membuat Wanita Jatuh Cinta

Hubungan

Fakta Lelaki Kelakar Membuat Wanita Jatuh Cinta

Foto: Blogspot.com

Fakta Lelaki Kelakar Membuat Wanita Jatuh Cinta


Adakah anda ingin membuatkan seseorang wanita yang disukai jatuh cinta? Caranya, buatkan dia ketawa.

Berdasarkan sebuah kajian memetik Timesofindia, semakin sering lelaki cuba untuk berjenaka dan wanita ketawa atas usahanya, semakin besar kemungkinan wanita tersebut jatuh cinta terhadapnya. Ketika dua orang asing bertemu, jenaka adalah cara paling mudah untuk mengatasi kejanggalan.

“Lelaki cuba untuk mendapatkan wanita dengan cara menunjukkan kelebihan mereka. Bagi beberapa lelaki, ini adalah sebuah strategi,” kata Jeffrey Hall, profesor kajian komunikasi di University of Kansas.

“Jika bertemu seseorang yang boleh membuat anda ketawa dengannya, kemungkinan hubungan di masa depan akan datang menyenangkan dan penuh dengan kegembiraan,” tambah Hall.

Dalam kajian tersebut, Hall melakukan tiga percubaan. Percubaan pertama, sebanyak 35 peserta diminta mempelajari 100 profil akaun Facebook orang asing untuk mengenali personaliti mereka. Hall kemudian mendapati bahawa orang yang kelakar cenderung ekstrovert berbanding mereka yang kelihatan bijak. Orang asing juga beranggapan demikian.

Dalam percubaan kedua, sekira 300 pelajar diminta untuk mengisi kaji selidik tentang jenaka dalam hubungan cinta. Hasilnya, tiada hubungan antara berapa pintar seseorang dengan selera humor. Namun, dalam percubaan kedua ini juga didapati hubungan antara humor dan personaliti ekstrovert.

Percubaan terakhir melibatkan 51 pasang single yang tidak mengenali satu sama lain. Mereka dibiarkan duduk berdua di sebuah bilik dan bercakap selama kira-kira 10 minit.

Hasilnya, setiap kali seorang lelaki cuba berjenaka dan setiap kali seorang wanita ketawa pada jenakanya, semakin besar pula kemungkinan keduanya saling tertarik. Kajian juga menunjukkan bahawa ketika pasangan ketawa bersama-sama, mereka lebih tertarik antara satu sama lain.

Walaupun, perkara ini rupanya tidak berlaku bagi wanita yang berusaha untuk berjenaka.

“Ketawa bersama adalah cara untuk mengembangkan hubungan lebih tahan lama,” tulis Hall dalam sebuah majalah yang diterbitkan secara online dalam jurnal Evolutionary Psychology.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas