Tetaplah berhubung

Fahami 4 Penyebab Isteri Stress

Hubungan

Fahami 4 Penyebab Isteri Stress

Foto: Sinar Harian

Fahami 4 Penyebab Isteri Stress

Ramai elaki meluat apabila isteri mengeluh stress sepanjang masa. Aduan isteri dirasa mengganggu apatahlagi ketika lelaki ingin santai di rumah setelah penat bekerja seharian. Lelaki pun bingung apa yang membuat isteri mereka stress.

Mengolah artikel Timesofindia, berikut adalah lima penyebab membuat isteri stress.

Tanggapan orang ramai

Wanita lebih mudah rasa tersinggung berbanding lelaki. Tidak hairanlah, bualan jiran tetangga ke atas dirinya boleh membuatkan stress.

Pekerjaan rumah tangga

Jangan anggap remeh mengenai pekerjaan rumah tangga. Seorang isteri harus mengurus keluarganya, dari mula bangun tidur sehingga larut malam. Kebiasaannya suami yang meletakkan baju kotor sembarangan, atau anak yang menumpahkan makanan, ini turut menyumbang stress pada wanita.

Kurang tidur

Wanita memerlukan lebih banyak tidur daripada lelaki. Seorang ibu sering terbangun tengah malam jika anak menangis dan menjadi orang yang bangun paling awal pada waktu pagi. Akibatnya,si isteri mudah stress kerana kekurangan tidur.

Tidak didengar

Isteri inginkan anda bersimpati, memahami, dan membantu mengurangkan bebanannya. Apabila anda menolak mendengar keluhannya, stress yang dirasakan akan semakin menyiksa.

(nip)

loading...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas