Tetaplah berhubung

Etika Berbalas Pesanan Dengan Bekas Kekasih

Foto: Chorbidokan

Hubungan

Etika Berbalas Pesanan Dengan Bekas Kekasih

MENJAGA hubungan baik dengan bekas kekasih itu bagus. Tapi jangan sehingga terbawa perasaan. Ketika menjalin hubungan dengan bekas kekasih, ikuti etika yang berlaku. Inilah etika berbalas mesej dengan bekas kekasih.

Mengisyaratkan masih sayang

Menghantar SMS, Whatsapp, atau sekaligus mesej teks yang mengisyaratkan masih sayang kepada bekas kekasih tidak pernah dianjurkan. Lebih lagi bila masih menggunakan nama panggilan sayang ketika masih bersama. Ini boleh menyebabkan kekeliruan dan salah faham.

Jangan berbolak-balik

Jika anda ada urusan dan kepentingan khusus, katakan saja maksudnya. Jangan guna kata seperti, “Hey” atau “Hi”. Kirimlah pesanan secara ringkas, padat, dan jelas.

Kenapa tidak membalas?

Apabila anda menghantar mesej kepada bekas kekasih dan dia tidak bertindak balas, tidak perlu menanyakan alasannya. Menghantar mesej berkali-kali boleh menunjukkan anda agresif.

Memburuk-burukkan

Hubungan yang berakhir buruk di masa lalu, tidak bererti membuat anda harus memburuk-burukkan dia untuk menumpahkan segala rasa kekesalan. Jika anda tak tahan, cerita saja kepada sahabat.

Aku rindu kamu

Jika situasi dengan bekas tidak berakhir baik, jangan menghantar mesej teks dengan berkata “Aku merindukanmu.” Jika anda serius tentang perdamaian, telefon dia dan jelaskan mengapa anda marah, dan mengapa ingin kembali. Jangan menghantar mesej seperti ini.Demikian memetik Allwomenstalk.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas