Tetaplah berhubung

Elakkan Menyebut 3 Ayat Ini Pada Pasangan

Hubungan

Elakkan Menyebut 3 Ayat Ini Pada Pasangan

Foto: Blogspot.com

Elakkan Menyebut 3 Ayat Ini Pada Pasangan


Selepas anda berkahwin atau dalam perhubungan jangka panjang, ada beberapa perkara yang lebih baik tidak dikatakan. Sebabnya, bila terlontar, boleh mencetuskan api pertengkaran.

Apa saja itu? Sumber dari Huffingtonpost, di bawah ini beberapa ayat-ayat yang boleh menghancurkan perkahwinan.

“Kamu tidak pernah mencuci pinggan mangkuk, kenapa begitu malas?”

Jangan salah anggap, walau hanya pinggan, ini boleh mencetuskan pertengkaran dalam rumah tangga. Namun, walau bagaimanapun masalahnya jangan menggunakan perkataan menuduh seperti “tidak pernah” dan “selalu” ini akan membuat anda dan pasangan tersepit tanpa menjelaskan sebenar permasalahan.

“Kamu persis seperti ibumu.”

Ketika berdebat, fokus pada anda berdua. Jangan melakukan perbandingan yang jahat, apalagi membandingkan dengan ibu bapa. Tentu ini akan membuat perdebatan menjadi tak adil didengar.

“Kamu fikir kamu lebih baik dari orang lain!”

Jangan melontar dari mulut anda seperti ini. Ini hanya akan memburukkan lagi keadaan kerana pasangan anda tahu bahawa anda tak suka dan sanggup mengatakan hal tersebut.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas