Tetaplah berhubung

Elakkan Menjadikan Lelaki Seperti Ini Sebagai Jodoh Anda

Hubungan

Elakkan Menjadikan Lelaki Seperti Ini Sebagai Jodoh Anda


Menjalinkan perhubungan dengan seseorang belum tentu bakal berkahwin atau tidak. Apabila sudah berkahwin pula, belum tentu dia menjadi jodoh atau tidak.

Sebabnya, bukan tidak mungkin sesebuah perkahwinan itu hanyalah sebentar, tiba-tiba malah menjadi bekas suami pula. Untuk itu, perhatikan sifat-sifat seorang lelaki ketika temujanji.

Berikut ini ciri-ciri dia hanyalah akan menjadi bekas suami nanti.

#1 Posesif

Jika selama bercinta dia terus menerus ingin tahu keberadaan anda, dengan siapa, apa yang dilakukan, apa yang dipakai, dan bimbang jika mesej atau telefon tidak dijawab, ini akan menjalar ke hubungan yang buruk nantinya. Lelaki begini hanya menunjukkan rasa minat sementara.

#2 Harus melakukan sesuatu

Ini seolah-olah tidak bahaya pada peringkat awal. Tetapi, lelaki yang selalu mencari sensasi dan tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki, adalah petanda dia tidak puas dalam perkahwinannya nanti.

#3 Membuat orang lain rasa tak dihargai

Seorang lelaki yang tidak boleh membuat anda dan orang lain rasa dihargai adalah salah satu tanda anda perlu berhenti menjalinkan hubungan dengannya. Sebab berkemungkinan dia hanya akan bertambah buruk dari masa ke masa.

Sumber: Familyshare

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas