Tetaplah berhubung

Elakkan Mengatakan Ini Pada Kawan Yang Sedang Gelisah

Hubungan

Elakkan Mengatakan Ini Pada Kawan Yang Sedang Gelisah


KADANG – kadang orang bermaksud baik ingin membantu rakan yang sedang gelisah, gugup, atau cemas. Namun, cara mereka menolong itu klise malah bukan penyelesaian.

Sebabnya, kegelisahan sesuatu yang tidak boleh diselesaikan melalui kata-kata. Cemas boleh dihentikan dengan cara bersukan, berlatih teknik pernafasan, dan senaman renggangan. Jika anda ingin menolong rakan yang cemas, jangan ucapkan kata-kata berikut ini, sebab hanya akan membuat mereka celaka.

“Kenapa kamu bimbang?”

Hey, semua orang boleh ada masalah apa pun dalam hidupnya. Jangan menganggap semua orang hidupnya baik-baik saja.

“Berhentilah rasa tertekan”

Kadang-kadang dalam hidup pasti ada tekanan. Walaupun seseorang boleh membiarkan dirinya bebas stres. Tapi mungkin hidup akan membosankan.

“Jangan bodoh”

Tiada yang tidak masuk akal pada orang yang sedang stres. Walau mungkin anda menganggapnya aneh. Kerana, setiap orang itu unik dan ada fobia tersendiri yang tidak masuk akal.

“Kamu sedang membuang waktu”

Alih-alih ingin membantu rakan dalam kegelisahannya. Tetapi anda hanya menyalahkan dia tanpa mendalami permasalahan yang dialami.

“Tenang”

Lihatlah apakah itu kata-kata ajaib yang dapat menghapuskan perasaan? Bayangkan jika anda ada di tempat mereka, apakah masalah boleh selesai hanya dengan santai?

“Tak ada alasan gelisah”

Apabila anda mengatakah tiada alasan untuk gelisah, itu sama sekali tidak menghapuskan rasa takut pada diri seseorang. Demikian dimuat di Popsugar.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas