Tetaplah berhubung

Efektif Bekerja Bermula Dengan Perkara Kecil Ini

Foto: Sapo

Hubungan

Efektif Bekerja Bermula Dengan Perkara Kecil Ini

Tiada orang yang benar-benar sibuk, yang ada adalah apa yang diprioritikan untuk dikerjakan. Malangnya, ramai orang terlena dengan urusan pekerjaan dan tak mengurusnya dengan baik.

Hidup anda bukan hanya untuk bekerja, namun ada perkara lain yang juga harus diperhatikan. Oleh itu, berhenti menjadi sibuk dan mulakan bekerja secara berkesan dengan cara berikut, dipetik dari laman Entrepreneur.

Belajar mengatakan “tidak”

Jika anda mempunyai waktu terluang, jangan bersedia melakukan semua kerja yang diberikan. Ini akan mengurangkan keberkesanan kerana tenaga terbuang, sebaiknya belajar mengatakan “tidak” dengan pekerjaan yang seharusnya boleh dikerjakan esok hari.

Atur ‘quality time’

Ketahuilah kebahagiaan yang diperoleh daripada keluarga dan teman tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Luangkan untuk bersama keluarga dan rakan untuk mengisi tenaga agar dapat bekerja efektif.

Buat skala keutamaan

Mula prioritikan pekerjaan yang lebih penting untuk dikerjakan. Anda tidak sibuk sendiri dengan pekerjaan yang tidak penting. Seperti, memeriksa e-mel dan media sosial secara rutin.

Jangan tergoda

Tumpukan seluruh perhatian pada pekerjaan anda. Jangan biarkan rakan kerja atau apa pun mengalih perhatian anda sampai dengan waktu rehat.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen
Ke Atas