Tetaplah berhubung

Ciuman ‘Hangat’ Yang Pasti Membuat Pasangan Selalu Mengingati Anda

Hubungan

Ciuman ‘Hangat’ Yang Pasti Membuat Pasangan Selalu Mengingati Anda


Pasti ramai yang inginkan pasangannya tidak berpaling dengan orang lain. Berikan sejuta rasa bahagia kepada pasangan anda dengan ciuman ‘hangat’ yang tak dapat si dia dilupakan.

Tunggu, apa yang akan membuat pasangan selalu mengingati anda ini? Semak berikut ini seperti dipetik di Yourtango.

Mantapkan diri

Bukan bercakap mengenai keadaan fizikal. Jadikan diri anda bersedia untuk dicium. Pakai lip balm agar bibir menjadi halus lembut dan jangan memakai lipstik yang berlebihan sehingga meninggalkan bekas pada pasangan anda.

Berikan kod

Merengek meminta satu ciuman terdengar seperti perangai anak-anak kecil dan boleh membuat anda rasa malu. Lakukannya dengan cara dewasa, berikan kod-kod cantik nan halus, agar dia mengerti apa yang anda mahukan.

Lembut dari awal hingga akhir

Ketika pasangan telah bersedia dan mula bergerak menuju pada anda, jangan malu untuk memulakannya terlebih dahulu. Dakap badannya dan cium secara perlahan, lembut, dan urut bibirnya. Jangan lupa pula untuk mengakhirinya dengan perlahan, kerana itu akan merosakkan suasana.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas