Tetaplah berhubung

Cinta Sentiasa Ditolak? Mungkin Ini Salahnya

Hubungan

Cinta Sentiasa Ditolak? Mungkin Ini Salahnya

Foto: Unashamed Impact

Cinta Sentiasa Ditolak? Mungkin Ini Salahnya

Cinta itu boleh diibaratkan satu undian. Anda tidak tahu samada cinta anda ditolak atau diterima oleh pujaan hati. Ada banyak sebab kenapa seseoarang wanita menolak rasa cinta seorang lelaki. Salah satunya adalah kesalahan yang dibuat sendiri oleh lelaki.

Dipetik dari Mensxp, berikut merupakan kesalahan yang sering dibuat oleh lelaki ketika menyatakan rasa cinta.

Tidak percaya diri

Sikap ini membuat wanita acuh tak acuh. Wanita tidak suka lelaki yang tidak percaya diri baik dalam hal cinta mahupun dalam kehidupan peribadi. Lelaki yang tidak percaya diri cenderung tidak mampu mendekati wanita yang disukainya.

Kurang bersih

Anda tidak perlu setampan bintang filem. Wanita sebenarnya tidak terlalu peduli ketampanan asalkan anda sentiasa kemas, bersih, dan wangi.

Sombong

Tidak kira sama ada anda seorang bos atau seorang pemain bola sepak negara, anda seharusnya sentiasa rasa rendah hati. Kerana, wanita tidak menyukai lelaki yang sombong dan mementingkan diri sendiri.

Posesif

Jika masih baru sahaja mengenal hati budi si lelaki sudah posesif, wanita tidak boleh membayangkan bagaimana ketika sudah menjadi kekasih atau berkahwin. Tiada wanita yang suka hidupnya terlalu dikongkong atau diberi aturan.

(nip)

loading...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas