Tetaplah berhubung

Cinta Atau Nafsu, Semak Perbezaannya!

Hubungan

Cinta Atau Nafsu, Semak Perbezaannya!

Foto: Weheartit

Cinta Atau Nafsu, Semak Perbezaannya!

Bukanlah jarang berlaku, hubungan asmara pasangan kandas begitu sahaja di tengah jalan. Salah satu penyebabnya kerana tiada dasar cinta yang tulus hakiki dalam perhubungan tersebut.

Berikut ini ciri-ciri perhubungan yang hanya disaluti nafsu tanpa dasar cinta di antara pasangan kekasih, bersumberkan TimesOfIndia.

1. Terlalu kagum dengan kekasih.

2. Sentiasa mengutamakan penampilan kekasih.

3. Perbualan di antara pasangan terlalu diisi dengan pujian dan cenderung mengarahkan ke pembicaraan dengan kesan “gedik” dan menggoda.

4. Pasangan kekasih taksub dengan pasangannya saja. Segala perkara yang bersangkut tentang kekasih selalu diikuti.

5. Pasangan kekasih kelihatan seperti menjalin hubungan tanpa memikirkan masa depan.

6. Apabila bersama, kekasih sangat tertarik perhubungan intim lebih dari yang lain. Pasangan kekasih yang hanya dikawal hawa nafsu, cenderung kerap melakukan hubungan fizikal, tanpa mengendahkan batas norma kehidupan.

7. Pasangan kekasih lebih mementingkan tentang apa yang dilihat oleh khalayak umum daripada menata hati mereka untuk saling menjaga perasaan di tempat masing-masing.

8. Pasangan kekasih yang mementingkan nafsu, biasanya tidak peka dengan persekitarannya. Mereka hanya berfikir tentang hubungan mereka dan tidak peduli dengan apa yang disyorkan orang lain untuk mereka.

9. Dalam hubungan yang bertemplatkan nafsu, ada perasaan tidak bangga terhadap pasangan. Selalu pasti ada saja yang kurang dari pasangan, kerana nafsu memang tidak akan pernah puas.

10. Pasangan kekasih hanya berfikir tentang hal-hal yang menyenangkan dan cenderung tidak memikirkan soal tanggungjawab bersama dalam sebuah perhubungan.

(nip)

loading...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas