Tetaplah berhubung

Cara Mudah Mengenali Seseorang Lelaki

Hubungan

Cara Mudah Mengenali Seseorang Lelaki

Foto: MYNewsBistro

Cara Mudah Mengenali Seseorang Lelaki


Ramai wanita tidak tahu secara mendalam tentang lelaki yang baru dikenali, namun pasti secara umum wanita boleh sedikit menyimpulkan tentang watak seseorang lelaki itu.
Jika anda berminat dengan watak beliau, ini boleh menjadi pertimbangan untuk meneruskan hubungan.

Ada hal-hal kecil yang dapat membantu wanita mengenal watak lelaki. Berikut adalah cara-cara mudah menilai perwatakan lelaki.

Bagaimana sikap dia kepada orang asing

Apabila pergi ke sebuah restoran bersama lelaki, cuba lihat bagaimana sikapnya. Adakah dia, mendahulukan wanita tua menempah makanan, atau membiarkannya sahaja. Bila dia mendahulukan wanita, itu petanda dia cukup hormat pada wanita.

Pelajari emosinya ketika sedang marah

Jika kebetulan anda melihatnya marah, cuba lihat apa yang dia lakukan. Adakah dia melakukan perkara yang mengecewakan, atau cuba menahan marah. Pastikan anda dapat menyimpulkan watak dari cara si dia bermain emosi.

Berapa banyak dia bercakap

Adakah si dia banyak berbicara? Jika hobinya berbicara, perhatikan sama ada kata-katanya positif? Pastikan dari cara bicaranya boleh membuat anda rasa tenang.

Perhatikan lagu kegemarannya

Lagu kegemaran seseorang merupakan sedikit gambaran dari dirinya. Jika lagu-lagu yang dia sukai tentang cinta maka dia adalah orang yang mempunyai ikatan kuat pada keluarga. Tapi, bila dia suka lagu tentang parti, bermakna dia lebih suka bersenang-lenang. Demikian megolah Allwomenstalk.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas