Tetaplah berhubung

Cara Menghadapi Pasangan Yang Tidak Ambil Peduli Tentang Anda

Hubungan

Cara Menghadapi Pasangan Yang Tidak Ambil Peduli Tentang Anda

Foto: Google

Cara Menghadapi Pasangan Yang Tidak Ambil Peduli Tentang Anda


Adakah pasangan selalu tidak memberi perhatian terhadap anda? Adakah anda sudah muak dengan perangainya yang sebegitu? Bila telah penat meminta perhatiannya, namun tiada sebarang perhatian yang diberikan, berikut perkara yang perlu dilakukan untuk menghadapi lelaki seperti ini.

Memetik dari Allwomenstalk, berikut ini adalah helah menghadapi lelaki tidak kisah tentang anda.

Jangan membuatnya cemburu

Mungkin kerana wanita ingin mendapat perhatian pasangannya, lalu cuba membuat pasanagan cemburu dengan mendekati lelaki lain. Kemungkinan kejayaan cara ini adalah sangat kecil. Lelaki seperti ini tidak akan mudah cemburu, mereka akan santai dan membiarkan tindakan ini. Pada akhirnya, wanita yang akan sakit hati kerana tidak dipedulikan.

Realistik

Watak setiap orang berbeza-beza. Pasangan akan tetap sahaja tidak peduli. Wanita harus realistik dan menerima sifat pasangannya. Untuk mengatasinya, ada baiknya melihat kelebihan lain dari kekasih, misalnya dia setia terhadap anda.

Berbincang dengannya

Bila segala cara sudah dilakukan tetapi tetap gagal, anda berdua perlulah berbincang. Dengar penjelasannya mengapa dia selalu tidak peduli. Tetapi, setelah itu haruslah memahami dan mengerti karakter dirinya.

Cari kesibukan

Cara ini bukan mengajarkan untuk tidak peduli dengan lelaki. Tapi, agar anda tidak diseksa dengan watak lelaki yang terlalu tidak dipeduli oleh pasangan, pastikan hubungan tetap walau mempunyai kesibukan lain.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas