Tetaplah berhubung

Cara Mengajar Anak Menghargai Duit

Hubungan

Cara Mengajar Anak Menghargai Duit

Foto: Google

Cara Mengajar Anak Menghargai Duit


Mengajar anak untuk menjadi seorang yang boros bermula dengan bagaimana mereka membelanjakan duit saku mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah memerhatikan pembelanjaan anak-anak.

Mengajar anak untuk menghargai duit merupakan aspek penting dalam parenting. Mengajarkan etika pada anak, cuba dan tanamkan pemahaman yang kuat tentang masalah kewangan juga adalah penting. Tidak perlulah menghantar anak ke jurusan perniagaan, cukuplah dengan mengajar nilai duit sejak kecil lebih penting untuk anak ketika dewasa.

Dorong anak berbelanja

Salah satu kesalahan dalam parenting yang hampir semua ibu bapa moden kini lakukan adalah berbelanja secara royal tanpa berfikir untuk anak-anak. Membeli untuk anak-anak dilakukan hanya untuk memuaskan keinginan yang secara dasarnya dari kita sendiri daripada memenuhi keperluan anak-anak.

Membeli baju dan mainan baru untuk mereka mungkin bukan masalah. Tapi haruslah berhati-hati pada kebiasaan berbelanja tersebut, kerana mereka akan melihat contoh tersebut dari anda sendiri.

Sebagai alternatif, ajarkan prinsip ‘kongsi jimat’ sejak kecil, iaitu penggunaan dikembalikan. Anda juga dapat mengajar mereka untuk meminjam buku di perpustakaan daripada membelinya. Ini akan mengajarkan mereka rasa lebih tanggungjawab.

Berkongsi dengan adik-beradik

Anak-anak belajar dari contoh, jadi jika anda berkongsi dengan pasangan, mereka akan lebih cenderung untuk berkongsi dengan adik-beradik. Jika anak-anak berada dalam kelompok usia yang sama, belikan mainan yang mereka miliki dan berkongsi satu sama lain merupakan idea yang bagus.

Beri wang saku

Bantu anak agar bertanggungjawab terhadap duit. Jika mereka tidak pernah diberi kesempatan untuk menangani masalah kewangan, mereka tidak akan mungkin untuk belajar. Ketika anak berusia 10 tahun, mulai dengan sistem duit saku dengan menentukan jumlah dengan membahas apa yang akan mereka gunakan.

Mewah vs Keperluan

Ajar anak mengenai perbezaan antara keduanya sangatlah penting. Walaupun berkemungkinan harus meningkatkan wang saku pada setiap tahun, pastikan anda tidak keluar dari bajet kewangan anda.

Ingat, paparan awal dapat merosak anak jika tidak diawasi secara rutin. Jika anak menuntut kenaikan atau lebih banyak duit untuk membeli barangan yang bukan keperluan, lakukan komunikasi yang jelas dan tegas. Lakukan diskusi yang rasional kerana memberikan mereka saranan tidak selalu memberi hasil yang baik.

Jaga buku bajet harian

Dengan adanya peningkatan, akan ada peningkatan berbelanja juga. Minta anak untuk mengelola bajet hariannya. Menjaga tabiat berbelanja sendiri akan memberinya rasa kawalan atas duit dan akan membelanjakannya dengan bijaksana.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas