Tetaplah berhubung

Cara Membuka Peluang Datangnya Jodoh

Foto: Lovepanky

Hubungan

Cara Membuka Peluang Datangnya Jodoh

TERGELINCIRNYA jodoh tak kunjung tiba kadang bukan kerana dia jauh. Tetapi, kerana si pemilik hati tidak memberi peluang. Untuk itu, buka peluang datangnya jodoh sebesar-besarnya agar dia boleh tiba dari pelbagai arah.

Seperti dikutip di Allwomenstalk, berikut cara membuka peluang datangnya jodoh.

Membuka hati

Menyedihkan bila menanti jodoh hanya di bibir sahaja. Anda tak mungkin mencari pasangan hidup bila tidak membuka hati atau memberi peluang kepada orang lain mendekati anda. Buka diri dan berbaiklah dengan semua orang.

Memperbaiki diri

Mungkin anda mendapat jodoh sesuai seperti yang diharapkan. Tapi, dia akan tiba selepas anda sudah menjadi seperti apa yang dia inginkan. Jika ingin mendapat suami yang baik, setia, dan berjaya, berusahalah menjadi lebih baik, setia, dan menggapai sebuah kejayaan.

Jangan buang masa

Jika anda hanya bertahan menunggu satu orang saja, kemungkinan mendapatkannya adalah sangat kecil. Anda akan menyesal membuang waktu hanya untuk menunggu dia yang tidak pasti.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas